ARKIB : 11/07/2012
Pencapaian pendidikan anak warga ATM meningkat
KUCHING 10 Julai - Usaha gigih tanpa jemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga kebajikan warga tentera khasnya dalam aspek pendidikan anak-anak menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, sebagai bukti, jumlah penerima insentif Anugerah Kecemerlangan Akademik yang diperkenalkan sejak 22 tahun lalu menunjukkan peningkatan saban tahun.
"Pada 1991, hanya 56 anak warga ATM menerima anugerah itu dan tahun ini angkanya meningkat sebanyak 98 peratus membabitkan 955 pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya percaya insentif ini di samping insentif-insentif lain yang disediakan ATM menjadi pendorong kepada pencapaian akademik anak-anak warga tentera," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Zon Sarawak 2012 yang turut dihadiri Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Hasagaya Abdullah dan Komander Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Jumali Salamat.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Bukavu, Kem Penrissen itu, seramai 17 pelajar cemerlang PMR dan 14 pelajar cemerlang SPM menerima anugerah masing-masing.
Majlis berkenaan dikoordinasi oleh 71 Batalion Kor Ordnan Diraja dengan kerjasama Sel Pendidikan, Markas 1 Divisyen.
Dalam pada itu, Mohd. Zaki menyeru warga ATM memanfaatkan pelbagai insentif yang disediakan bagi memacu kemajuan pendidikan mereka dan anak-anak.
Katanya, semua usaha itu direalisasikan dengan sokongan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perwira Niaga Malaysia (Pernama).
"Inilah entiti yang sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak ATM dari sekolah rendah hingga ke universiti," katanya.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









