ARKIB : 11/07/2012
50 pelajar sertai Mini Explorace
KUCHING 10 Julai - Seramai 50 pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Sijil Sains Kesihatan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak menyertai program Mini Explorace baru-baru ini.
Program anjuran Sekolah Sains Kesihatan itu bertujuan memupuk semangat bersaing dan kesukanan, selain mengasah pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar untuk menyelesaikan cabaran.
Ketua Program Sekolah Sains Kesihatan, Emynurshiela Anuar berkata, program berkenaan membuktikan komitmen PTPL untuk menerapkan nilai positif kepada pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Katanya, ia bukan sekadar satu aktiviti yang menyeronokkan kerana melaluinya bakat dan potensi diri pelajar dapat dikenal pasti dan dikembangkan.
"Hasil daripada program ini, para pelajar yang terlibat dapat menambah pengalaman termasuklah mengasah bakat pengurusan program.
"Melaluinya juga, pelajar dapat menimba ilmu dalam suasana yang positif dan kondusif," katanya sewaktu berucap merasmikan program berkenaan.
Pada program berkenaan terdapat lapan cabaran yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan, antaranya fear factor, menyelesaikan cabaran uji minda sains, cabaran berbentuk sukan dan sebagainya.
Sementara itu, pelajar jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Rafidah Awang Damit berkata, aktiviti seumpama ini sangat menguji stamina dan minda pelajar dalam menyelesaikan setiap cabaran.
Dia tidak menduga terdapat banyak manfaat dan pengalaman baru yang diperoleh daripada program tersebut walaupun aktiviti itu adalah di luar skop pembelajaran formal.
"Saya harap program seperti ini dianjurkan dengan lebih kerap kerana terdapat pelbagai manfaat untuk kami," katanya.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









