ARKIB : 11/07/2012
Universiti Teknologi Mara Sarawak anjur 'Jom Kayuh'
KOTA SAMARAHAN 10 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak baru-baru ini menganjurkan program 'Jom Kayuh' bagi menggalakkan aktiviti menunggang basikal dalam kalangan warga kampus.
Program kayuhan basikal yang julung kali diadakan itu disertai kira-kira 150 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan UiTM Sarawak.
Turut menyertai peserta menunggang basikal mengelilingi kawasan kampus ialah Menteri Muda Pembangunan Belia negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak, Prof. Madya Wan Akil Tunku Abdullah.
Menurut Abdul Karim, menunggang basikal perlu menjadi amalan penuntut universiti memandangkan ia merupakan pengangkutan yang cepat, murah dan selamat untuk dipraktikkan di kawasan kampus.
"Kalau di luar negara, basikal memang menjadi pengangkutan utama warga kampus baik pelajar mahu pun kakitangan.
"Menunggang basikal bukan sahaja menjimatkan masa dan wang, tetapi baik untuk kesihatan. Jadi kenapa tidak kita jadikan aktiviti ini sebagai pengangkutan utama di kawasan kampus," katanya ketika merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.
Sementara itu Wan Akil memberitahu, pihak universiti membelanjakan sebanyak RM50,000 bagi membeli 50 basikal untuk kegunaan warga UiTM Sarawak.
"Matlamat kita adalah untuk memperkenalkan aktiviti ini dan mempopularkan ia dalam kalangan pelajar bagi membolehkan basikal menjadi pengangkutan utama dalam kawasan kampus.
"Selain program 'Jom Kayuh' ini, kita juga bercadang menubuhkan Persatuan Berbasikal UiTM Sarawak tidak lama lagi bagi menggerakkan pelbagai aktiviti itu," katanya.
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
6 transformasi sektor pertanian
Elaine cemerlang walaupun berdepan kesempitan wang
RM4b laksana 1,017 projek
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









