ARKIB : 11/07/2012
SIFE UMS bantu jaga Pulau Mantanani
KOTA KINABALU 10 Julai - Pulau Mantanani yang terletak kira-kira 80 kilometer (km) dari sini, begitu terpinggir sehingga hanya sebilangan penduduk tempatan mengetahui akan kewujudan pulau tersebut.
Perjalanan untuk ke pulau itu dari Jeti Kuala Rampayan Laut, Kota Belud mengambil masa 60 minit menggunakan bot laju.
Pulau Mantanani juga terkenal dengan aktiviti memancing dan selam pernah mencipta sejarah dengan daya tarikan ikan dugong.
Namun kini, longgokan sampah sarap boleh dijumpai di lautan atau sepanjang pantai di pulau tersebut.
Justeru, Student In Free Enterprise (SIFE) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil pendekatan membantu penduduk tempatan mengenai kaedah terbaik menjaga kebersihan dan alam sekitar pulau itu.
Ketua SIFE UMS, Amanda Teo Peh Lee berkata, satu bengkel mengenai cara pemuliharaan alam sekitar diadakan khusus untuk penduduk di pulau itu sempena lawatan SIFE, baru-baru ini.
"Dalam bengkel itu, kami turut berkongsi ilmu tentang pembuatan 'beg duit mesra alam' yang diperbuat daripada pembungkus plastik kepada ibu tunggal, suri rumah dan kanak-kanak Pulai Mantanani.
"Reka bentuk beg istimewa itu ditambah dengan kemahiran dan kecekapan dalam bidang jahitan penduduk boleh dijual sekali gus dapat menjana pendapatan mereka," katanya.
Melalui bengkel itu, Peh Lee berkata, penduduk kampung bukan sahaja mampu mengurangkan masalah longgokan sampah yang ada di pulau tersebut malah mereka dapat menjana pendapatan sampingan.
Menurutnya, penduduk Pulau Mantanani dengan bimbingan SIFE UMS kini lebih prihatin terhadap penjagaan alam sekitar.
"Kami tidak dapat menyelesaikan masalah ini dalam sehari, tetapi kami mampu mengubah cara hidup penduduk setempat melalui pendidikan dan penglibatan dalam komuniti," ujarnya.
SIFE UMS ditubuhkan pada 2005 dan merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang tidak membawa keuntungan dan menjalinkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin dalam bidang perniagaan bagi memberi peluang kepada pelajar universiti berbakti kepada komuniti.
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
6 transformasi sektor pertanian
Elaine cemerlang walaupun berdepan kesempitan wang
RM4b laksana 1,017 projek
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









