ARKIB : 11/07/2012
Azizan diminta jangan emosional
PADANG TERAP 10 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dinasihatkan agar tidak bersikap emosional dalam menyelesaikan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) demi kepentingan kakitangan dan pelajarnya.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri juga wajar berterima kasih dengan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi untuk campur tangan dalam mencari jalan penyelesaian kemelut kewangan Kuin.
Katanya, keluh resah kakitangan dan pelajar Kuin yang mengadakan demonstrasi membuktikan kolej universiti tersebut berada di tahap kritikal.
"Semua tahu Kuin sebuah kolej universiti swasta yang dimiliki kerajaan negeri dan sedang menghadapi masalah, jika tidak, masakan pelajar dan kakitangannya bertindak mengadakan demonstrasi.
"Jadi Azizan perlulah mengakui kesilapan beliau dalam mengurus kolej universiti tersebut dan bertanggungjawab menyelesaikannya. Ini tidak, emosional sehingga kementerian nak bantu pun dilarang," katanya.
Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung PPK Kuala Nerang Kali Ke-35 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tabloid berhubung kenyataan Azizan bahawa kemelut Kuin akan diselesaikan tanpa campur tangan pihak luar termasuk kementerian.
Azizan membuat kenyataan tersebut beberapa hari selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan masalah Kuin.
Mahdzir menambah, Azizan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam isu tersebut, sekali gus mampu mencalar imej kolej universiti tersebut.
"Azizan berkata ini masalah kecil sahaja tetapi sebagai seorang pemimpin beliau harus memikirkan masalah rakyat. Kuin bukan mempunyai pelajar dari Kedah tetapi dari seluruh negara.
"Tiap-tiap ibu bapa menaruh harapan apabila menghantar anak mereka belajar di situ tetapi jika pelbagai berita tidak sedap didengar, semua ini akan meresahkan mereka," katanya.
Katanya lagi, kerajaan negeri wajar mengambil iktibar daripada kemelut tersebut termasuk memastikan masalah seumpama itu tidak berulang.
"Apa yang berlaku disifatkan sebagai buat baju yang tidak ukur badan sendiri. Kemampuan kerajaan negeri sangat terhad tetapi saya difahamkan terdapat sehingga 48 program di situ, daripada peringkat sijil, ijazah sarjana muda, sarjana sehingga doktor falsafah (Ph.D).
"Kuin pada asasnya dibangunkan untuk Pengajian Islam bagi kursus Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut membidas keghairahan kerajaan negeri menerokai hutan balak di kawasan itu atas alasan untuk menjayakan ladang rakyat.
"Ini sangat mendukacitakan, di kawasan ini di Kampung Charuk Batang Padi yang terletak bersebelahan Tasik Pedu pun mereka nak buat ladang rakyat.
"Ia adalah kawasan tadahan air dan jika kerajaan negeri meneruskan juga projek itu, akan memberi implikasi kepada alam sekitar dan penduduk,'' katanya.
DAP tidak boleh lagi bersandiwara
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










