22 Mei 2013 / 12 Rejab 1434  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 11/07/2012

Rakyat nilai sendiri sikap tamak DAP

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sikap tamak dan taksub pembangkang akan dinilai sendiri oleh rakyat Malaysia terutama apabila DAP dikatakan mahu bertanding sehingga 90 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasrat DAP yang mahu menampakkan ia sebagai parti dominan dalam pembangkang pasti sukar diterima sekutunya iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya mahu tengok bagaimana mereka (DAP) boleh dapat persetujuan Pas dan PKR dalam soal ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembahagian kuota kerusi pembangkang yang menetapkan Pas dan PKR masing-masing bertanding hanya di 66 kerusi sedangkan DAP dikatakan mahu bertanding sehingga 90 kerusi pada PRU-13.

Hasrat DAP itu dilihat bakal menjadikan parti tersebut sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Hishammuddin berkata, sikap pembangkang terutama DAP itu amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mementingkan semangat setiakawan dan adil sesama sendiri.

"Inilah beza mereka (pembangkang) dengan kita (BN) yang telah menjalin hubungan konsisten dan seadil mungkin dalam parti," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35
 
 



 
 
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.