ARKIB : 11/07/2012
Sasha, Salyo sah cerai talak satu
KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin dan suami, Salyo Priyanto sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada pukul 2.55 petang ini.
Perceraian itu dilafazkan oleh Salyo, 36, seorang warga Indonesia, terhadap Sasha, 35, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
"Bahawa saya Salyo Priyanto dengan suci hati menceraikan isteri saya, Sasha Saidin dengan talak satu," ujar Salyo.
Selesai berakhirnya lafaz itu, Shaiful Azli mensabitkan berlakunya perceraian antara kedua-dua mereka dengan talak satu kali pertama (talak raji'i) pada pukul 2.55 petang dengan kebenaran mahkamah.
Beliau memerintahkan Sasha menjalani idah selama tiga kali suci dan mendaftarkan perceraian mereka di Pejabat Agama Islam Selangor.
Mahkamah turut memerintahkan Salyo membayar nafkah idah sebanyak RM900 untuk tiga bulan dan nafkah anak RM500 sebulan ke dalam akaun Maybank milik Sasha pada setiap 7 haribulan bermula Ogos ini seperti yang telah dipersetujui oleh pasangan tersebut.
Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada hujung bulan lalu.
Shaiful Azli turut menasihati pasangan itu supaya hidup dengan aman dan harmoni demi anak mereka walaupun mereka kini bukan lagi suami isteri.
Terdahulu, kedua-dua mereka diberi peluang bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum talak dilafazkan.
Sasha dan Salyo pernah gagal dalam perkahwinan pertama masing-masing sebelum mereka diijabkabulkan di Jakarta pada 10 November 2007.
Arya merupakan anak tunggal pasangan tersebut.
Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah atau nama sebenarnya, Jason Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Regent's Park, London dan bercerai dua tahun kemudian.
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Wanita dituduh culik, peras ugut
Kes tuntutan harta sepencarian hampir RM3 juta tangguh 24 Jun
10 pengganas Kiram didakwa
Tiada bukti mangsa berada di Ladang Gadong
Didenda tumbuk ketua pusat mengundi
Keputusan kes Azlin dan bapa, 31 Mei
Lelaki warga emas didenda tumbuk ketua pusat mengundi, laporan palsu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









