ARKIB : 11/07/2012
Kerajaan Rusia cuba reda kemarahan rakyat
KRYMSK 10 Julai - Kerajaan Rusia semalam menuduh pihak berkuasa tempatan gagal mengendalikan bencana banjir yang mengorbankan seramai 171 orang berhampiran Laut Hitam pada minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengalihkan kemarahan orang ramai terhadap Presiden, Vladimir Putin ekoran jumlah kematian yang tinggi dalam bencana itu.
Ketua daerah Krymsk, yang memikul tanggungjawab akibat bencana itu dipecat setelah Menteri Kecemasan menyalahkan pegawai bawahan kerana lambat mengeluarkan amaran awal.
Malah, Putin sendiri yang muncul dalam siaran televisyen di Kremlin dengan tegas mendesak pegawai bawahannya supaya kembali melaporkan kepadanya mengenai perkembangan ketika berlangsung usaha bantuan.
''Kita mesti membantu keluarga-keluarga ini dan mereka yang berada dalam kesusahan serta kehilangan hampir keseluruhan harta benda mereka,'' kata Putin yang dilihat cuba meredakan keadaan setelah dituduh lambat bertindak menangani bencana itu.
Penduduk Krymsk, sebuah bandar yang didiami kira-kira 57,000 orang penduduk, terletak antara ibu negeri Krasnodar dan pelabuhan besar Novorossiisk, mengadu pemimpin mereka telah mengecewakan mereka.
''Seorang warga emas terjaga dari tidur dan berjaya keluar dari rumahnya, namun air deras telah menghanyutkannya.
''Kami menemui mayat Valentin Markozov, 92, bekas veteran Perang Dunia Kedua itu keesokan hari,'' kata Igor Markozov, 52, yang mengebumikan sendiri mayat bapanya itu. - REUTERS
Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang isu politik dan ekonomi
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia
Bantah Piala Konfederasi: Pemuda bertempur polis
Presiden baharu Iran teruskan aktiviti nuklear
Bantah kenaikan harga minyak
Singapura turut dilanda jerebu
80,000 askar Syria sedia tawan Aleppo
PM Republik Czech letak jawatan
Islam Britain boikot kurma Israel
Polis, penunjuk perasaan bertempur
Mahkamah bubar Parlimen Kuwait
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










