ARKIB : 11/07/2012
Sedania peruntuk RM1 juta bantu usahawan teknologi
PETALING JAYA 10 Julai - Kumpulan Sedania (Sedania) buat permulaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu usahawan teknologi yang berpotensi membangunkan perniagaan sehingga ke luar negara.
Bantuan berupa suntikan modal tersebut diadakan di bawah inisiatif bahagian baru Kumpulan Sedania, iaitu pasukan inovatif dunia (WIT).
Buat permulaan dalam fasa pertama, sebanyak 20 syarikat teknologi tempatan terbaik yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) akan dipilih melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi menyertai WIT.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd. Noor berkata, fasa kedua dan ketiga WIT akan dijalankan selepas melihat kejayaan projek perintis tersebut.
Katanya, Kumpulan Sedania mempunyai platform yang baik untuk syarikat-syarikat tersebut berkembang sehingga ke luar negara.
Malah, dalam inisiatif ini, kumpulan telah pun memilih syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam komunikasi mudah alih, media dan industri pelancongan.
"Kami telah memulakan inisiatif tersebut dan melihat kejayaan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
"Inisiatif ini adalah bantuan berasaskan perkongsian keuntungan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) di antara Sedania dengan MDeC di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Sedania, Firoz Mohd. Noor.
Kumpulan Sedania telah memperuntukkan kos pembangunan sebanyak RM50,000 bagi setiap syarikat yang terpilih dalam inisiatif WIT, termasuk kos perisian dan perkakasan.
Tambah Azrin, pihaknya menyasarkan untuk memacu inovasi bagi membantu meningkatkan idea segar dalam pasaran teknologi global bernilai AS$2 trilion (RM6.4 trilion).
Jelasnya, pihaknya mahu membuka pintu dan memberi peluang kepada usahawan teknologi meningkat ke peringkat yang lebih baik.
"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi pada suatu hari nanti,'' ujarnya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









