ARKIB : 11/07/2012
UTM, JobStreet jalin kerjasama sahkan ijazah
JOHOR BAHRU 10 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalinkan kerjasama dengan laman web pencarian pekerjaan, JobStreet.com Sdn. Bhd. (JobStreet), bagi membantu memberi pengesahan kepada majikan mengenai kesahihan ijazah yang dikemukakan siswazah.
Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, kerjasama itu dilakukan memandangkan sebanyak 60,000 permohonan yang dibuat melalui JobStreet kepada lebih 30,000 buah syarikat di negara ini melibatkan siswazah UTM.
Menurutnya, kerjasama itu akan menjimatkan tenaga dan masa majikan kerana tidak perlu membuat pengesahan dan carian latar belakang terperinci sekali gus boleh menggaji pekerja dengan yakin.
"Kita sedar tentang kejadian pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM). Jadi, kerjasama terjalin ini diharap memberi faedah kepada pihak majikan yang akan mengupah pekerja termasuk mahasiswa UTM.
"Bagi pihak UTM, kami menetapkan beberapa ciri-ciri keselamatan pada ijazah yang dikeluarkan termasuk penggunaan kertas yang dikeluarkan syarikat berlesen," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JobStreet di sini baru-baru ini.
Zaini menandatangani MoU itu bagi pihak UTM manakala JobStreet diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Chang.
Sementara itu, Mark berkata, ada kebimbangan di kalangan beberapa syarikat untuk mengupah pekerja menerusi carian JobStreet berikutan sindiket pemalsuan ijazah baru-baru ini.
"Kami akan membantu majikan dengan membuat pengesahan ijazah pemohon dan selepas ini, syarikat tidak perlu risau dengan kesahihannya kerana hanya mereka dengan sijil yang sah akan memohon pekerjaan di laman web ini,'' katanya.
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









