ARKIB : 11/07/2012
UTM tawar khidmat kaunseling
JOHOR BAHRU 10 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan Pusat Khidmat Kaunseling Komuniti 1Malaysia UTM bertujuan memberi bantuan dan khidmat kaunseling secara percuma kepada orang ramai baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof. Mohd. Tajuddin Ninggal berkata, pusat berkenaan menyediakan kaunselor terlatih serta dibantu beberapa penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana yang mengambil bidang bimbingan dan kaunseling.
Beliau berkata, pusat tersebut beroperasi pada Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang dan 6 petang hingga 11 malam manakala pada Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
"Antara khidmat kaunseling yang diberikan adalah berkaitan krisis keluarga, kesihatan mental, trauma akibat bencana, masalah remaja dan warga emas.
"Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling secara talian dengan menghubungi 07-5536666 atau 07-5536677," katanya.
Beliau menjelaskan demikian pada majlis pelancaran pusat berkenaan sempena majlis penutup Program Khidmat Masyarakat Yayasan Tunku Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan Rinting 1, Masai dekat sini baru-baru ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Mohd. Tajuddin berkata, pusat tersebut yang mendapat kerjasama Parlimen Pasir Gudang, beroperasi sementara waktu di kampus induk UTM, Skudai sebelum lokasi tetap di kawasan Pasir Gudang dikenal pasti.
"Saya berharap orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan sebaik mungkin dan mendapat manfaat daripadanya," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled memuji penubuhan pusat berkenaan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat UTM dalam membantu masyarakat.
Beliau berharap pusat itu mampu memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang ramai sekali gus melahirkan masyarakat lestari.
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









