ARKIB : 11/07/2012
Ijazah palsu: Suspek dibawa ke Terengganu
PULAU PINANG 10 Julai - Tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM) dibawa ke Terengganu semalam, berikutan laporan polis yang dibuat beberapa pembeli sijil di negeri itu.
Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman bagi membantu siasatan kerana individu terlibat tampil membuat laporan di sana.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng (gambar) berkata, sehingga kini lebih 20 individu dipercayai telah menjadi mangsa sindiket tersebut.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka dibawa ke sana bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.
"Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 468/471 kanun sama yang boleh membawa hukuman tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya selepas majlis menerima 60 pas khas daripada syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Pas tersebut akan digunakan oleh anggota-anggota polis yang ditugaskan di dalam bas-bas syarikat tersebut.
Pada 30 Jun lalu, tiga pelajar USM ditahan di sebuah rumah di Kampar, Perak kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan ijazah institusi pengajian tinggi awam itu.
Suspek terdiri daripada dua pelajar wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang pelajar lelaki berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan dokumen akademik universiti itu.
Dalam perkembangan lain, Kong Meng memberitahu, polis akan menempatkan anggota-anggotanya dalam bas bagi mengekang kegiatan menyeluk saku.
Menurut beliau, polis juga sedang mengesan lima suspek lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang dipercayai terlibat dengan jenayah itu dalam bas Rapid Penang baru-baru ini.
"Polis setakat ini menerima enam laporan berhubung jenayah seluk saku melibatkan kawasan-kawasan Air Itam, Tanjung Tokong dan Pulau Tikus," katanya.
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









