ARKIB : 11/07/2012
Kerajaan siasat amuk ada kaitan gerakan agama
KUALA LUMPUR 10 Julai - Kerajaan akan menjalankan siasatan bagi memastikan sama ada kejadian amukan seorang lelaki yang mendakwa sebagai Imam Mahadi di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam, mempunyai kaitan dengan gerakan keagamaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan motif sebenar kejadian serangan tersebut.
"Sekiranya benar serangan itu ada kaitan dengan gerakan keagamaan, kita mahu tahu gerakan mana yang terlibat kerana kejadian ini amat bahaya dan bukan kes terpencil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-20 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Semalam, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi dan seorang wanita bertindak nekad menyerang JPM dengan menggunakan pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, serangan berkenaan berjaya digagalkan oleh pasukan polis.
Jamil berkata, kawalan keselamatan di JPM akan dipertingkatkan bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
"Ini bukan soal Imam Mahadi atau sebaliknya kerana yang penting adalah keselamatan di pejabat-pejabat kerajaan.
"Justeru, kawalan keselamatan ini perlu dipertingkatkan kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan awam," ujarnya.
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









