ARKIB : 11/07/2012
Yakin hubungan dengan AS terus kukuh
KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia yakin hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) akan terus kukuh dan memacu ke arah perkembangan serta memberi manfaat kepada kepentingan kedua-dua pihak pada masa akan datang.
Perdana Menteri berkata, kekuatan hubungan antara Malaysia dan AS itu adalah kerana kedua-dua negara saling menerima dan menghormati perbezaan yang wujud, namun pada masa sama menetapkan matlamat yang sehaluan.
Katanya, kekuatan itu dibuktikan melalui kunjungan dua senator AS pada bulan lalu yang merupakan petanda positif bagi hubungan dua hala yang telah dibina Malaysia dengan negara tersebut.
"Saya amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada dua senator AS yang terkemuka di Putrajaya bulan lepas. Kedua-duanya telah memberikan ulasan yang amat baik terhadap Malaysia terutamanya dalam usaha kami mentransformasikan ekonomi, politik dan sosial negara.
"Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk semua. Pencapaian yang merangkumi usaha-usaha dan kerjasama antara semua rakyat dan telah mendapat iktiraf rakan-rakan kita dari negara luar," kata beliau di dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.
Najib berkata, dari aspek ekonomi, hubungan erat itu dibuktikan apabila AS menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai RM127 bilion setahun, selain menempatkan lebih 600 syarikat AS beroperasi di negara ini.
"Perkongsian ilmu turut merupakan aspek penting dalam hubungan antara kedua-dua negara, sebagai contoh, pengenalan kepada reformasi pendidikan di negara kita baru-baru ini dan menyelesaikan kadar keciciran yang telah diilhamkan daripada AS," katanya.
Beliau berkata, ikatan erat kedua-dua negara itu juga bermakna walau apa pun kepayahan yang dialami di seluruh dunia, hubungan Malaysia dan AS tidak pernah terjejas.
Sebagai contoh, katanya, tugas-tugas sukarelawan yang dihantar oleh Sukarelawan AS atau Peace Corps Organization telah banyak membantu pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia sejak 50 tahun lalu.
"Daripada hanya 35 sukarelawan yang tiba ke negara ini ketika itu, angka itu terus berkembang dan setakat ini 3,500 sukarelawan dari AS telah berkhidmat dan bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk menambah baik kehidupan semua termasuk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya.
Katanya, Malaysia juga mempunyai banyak lagi perkara yang boleh ditawarkan kepada AS dan dunia seperti model agama Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan mendorong ke arah kebaikan.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









