ARKIB : 10/07/2012
Cikgu Jan cuti mengejut
IPOH - Jurulatih Perak, Norizan Bakar mengambil cuti mengejut dan penolongnya, Chong Yee Fat akan mengendalikan skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir Liga Super 2012.
Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun mengesahkan Norizan bercuti selepas kembali dari Kota Bharu kelmarin, yang menyaksikan Perak dibelasah 6-0 oleh pasukan tuan rumah dalam perlawanan Liga Super.
"Yee Fatt akan mengendalikan skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir liga," jelas Azwan dalam sidang media di sini, semalam.
Azwan tidak menyatakan sebab Norizan, atau Cikgu Jan mengambil cuti mengejut.
Namun difahamkan Norizan mengambil tindakan cuti mengejut akibat kekalahan memalukan di Kota Bharu Sabtu lalu.
Ia merupakan kekalahan terburuk Perak dalam Liga Malaysia sejak diperkenalkan pada 1988.
Sebelum kekalahan teruk di Kota Bharu, Perak juga tersungkur di gelanggang sendiri kepada PKNS 1 - 2 di Ipoh pada 3 Julai lalu.
Dua kekalahan mengejut itu dicatatkan setelah Perak cemerlang dengan empat kemenangan berturut-turut.
Sebelum itu Perak membenam T-Team 3 - 2 (27 Jun), Sarawak 2 - 1 (23 Jun), Felda United 2 - 1 (19 Jun) dan Johor FC 2 - 1 (16 Jun ).
"Norizan bercuti atas kehendak beliau sendiri, bukan atas desakan pengurusan pasukan," kata Azwan.
Beliau juga tidak menjelaskan beberapa lama Norizan akan bercuti.
Setakat ini tiada kata putus mengenai kedudukan Norizan sama ada akan terus mengendalikan skuad Seladang atau sebaliknya bagi kempen Piala Malaysia.
"Pihak pengurusan akan bermesyuarat setelah tamat saingan Liga Super bagi menentukan jurulatih untuk kempen Piala Malaysia," katanya.
Yee Fatt, yang menjadi pembantu Norizan sejak musim lalu bakal diuji apabila Perak berdepan Kedah di Stadium Perak, hari ini.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










