ARKIB : 10/07/2012
Ian James perbaharui rekod kebangsaan 200m
KUANTAN - Kompleks Renang Wisma Belia bertukar gamat semalam apabila perenang Wilayah Persekutuan, Ian James Barr menyentuh dinding sebagai juara acara 200m rampaian individu dan di skrin keputusan menunjukkan dia berjaya mencipta rekod kebangsaan dan temasya baru.
Hari kedua acara renang yang dilihat seakan-akan berkesudahan hambar selepas menyaksikan tiada satu pun rekod mampu dilebur, akhirnya 'diselamatkan' Ian yang beraksi pada acara kelapan dan yang terakhir sebelum kolam renang menutup gelanggangnya.
Ian, 17, yang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik MSSM 2011 itu mencatat 2 minit 5.82 saat (2:05.82) untuk memadamkan rekod lama 2:06.98 miliknya sendiri yang dicipta sewaktu Terbuka Malaysia pada Mei lalu.
Apa yang menakjubkan adalah dia melakukannya dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya akibat kecederaan bahu.
"Ia satu kejayaan paling manis sepanjang penglibatan dalam Sukma setakat ini. Saya amat gembira dan berpuas hati dan kerana kejayaan ini tidak dijangka sama sekali.
"Saya tidak berupaya menjalani latihan penuh disebabkan kecederaan bahu kiri yang menimpa saya ketika membuat persiapan menghadapi Kejohanan Akuatik Asia Tenggara beberapa minggu lalu.
"Jadi, adalah sungguh luar biasa untuk saya berenang sepantas ini dalam keadaan saya sedang pulih daripada kecederaan," katanya pelajar tingkatan lima Methodist Boys School Kuala Lumpur itu.
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










