ARKIB : 10/07/2012
Sg. Rambai bakal jadi tapak perkhemahan terunggul
JASIN 9 Julai - Kem Benteng Negara Parit Penghulu, Sungai Rambai dekat sini, bakal menjadi tapak perkhemahan terunggul di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, tapak Kem Benteng Negara yang baru dibina itu amat sesuai dijadikan lokasi perkhemahan pasukan beruniform termasuk Pergerakan Pengakap yang mampu menampung kira-kira 1,000 pelajar.
Menurutnya, kem seluas empat hektar itu dibina dengan kos sebanyak RM250,000 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk program berasaskan perkhemahan dan motivasi.
Beliau berkata, kem tersebut yang terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi Parit Penghulu turut dilengkapi beberapa kemudahan seperti tandas, surau, air dan elektrik.
"Bagi menambah infrastruktur di kem ini, peruntukan sebanyak RM500,000 diperlukan untuk menaik taraf jalan masuk ke kem ini, pembinaan jeti berhampiran sungai Kesang dan membina jambatan gantung serta beberapa kemudahan lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Perkhemahan Jemputan Pengakap di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai, dekat sini semalam.
Seramai 527 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah menyertai perkhemahan sejak Jumaat berakhir semalam.
Hasan berkata, kem tersebut telah membuktikan kemampuannya untuk menjadi tapak perkhemahan pengakap terbesar di negeri ini apabila program membabitkan 30 buah sekolah di tiga daerah berjalan lancar.
Pada masa sama, Hasan yakin menerusi peruntukan yang akan dipohon melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kem Benteng Negara itu bersedia menjadi tuan rumah kem Jambori Malaysia dan Jambori Antarabangsa.
"Jika peruntukan itu diluluskan, beberapa kemudahan lain dapat dibina dan saya berharap Sungai Rambai boleh dijadikan tapak perkhemahan peringkat kebangsaan sekali gus mempromosikan daerah ini," katanya.
Beliau menambah dengan wujudnya Kem Benteng Negara itu, ia akan menambah satu lagi produk pelancongan terbaru di Sungai Rambai.
Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana
Masalah jalan mendap akan segera diselesai
Sidang pertama DUN ambil kira tarikh Parlimen
Arahan pindah premis hiburan kekal
Promosi perkenal makanan tradisional NS
Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah
Memulih pesaka, menjunjung adat
Tarik semula pelancong Arab
15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade
Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar
Doktor Muda pupuk kesedaran kesihatan murid
3 premis makanan diarah tutup
Pejabat ADUN Pertang bawah khemah
Menara Taming Sari perkenal produk baharu
21 keluarga dinasihat pindah
Melaka bina 1,400 rumah PPR mulai Julai ini
Pulau Sebang perlu identiti baharu
Sukan jadi sub-sektor pelancongan
Tatu Tentera Darat gamit pengunjung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










