ARKIB : 10/07/2012
Ukiran pasir kaya kreativiti
TELOK KEMANG 9 Julai - Seramai 56 peserta menyerlahkan kreativiti masing-masing menerusi penyertaan Kejohanan Ukiran Pasir Pantai yang berlangsung di Pantai Saujana dekat sini, baru-baru ini.
Malah, program anjuran Xtreme Out Bound (XOB) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan itu turut mencuri tumpuan pengunjung yang singgah ke pantai peranginan negara tersebut untuk menyaksikan binaan pasir kreatif dan menarik peserta terbabit.
Penganjur kejohanan, Zuridah Md. Hassim berkata, kejohanan julung kali itu bertujuan mempopularkan seni ukiran pasir di negara ini sekali gus mencungkil bakat-bakat baru dalam seni kreatif tersebut.
"Di luar negara aktiviti ini sudah lama popular, namun ia agak baru di negara ini dan tidak pernah dikomersialkan sehingga dianjurkan pertandingan khusus untuk aktiviti ini.
"Program ini bukan sahaja bakal menarik perhatian umum terutamanya di kalangan pengunjung, malah menjadi platform terbaik bagi peminat seni ukir pasir pantai dari dalam dan luar negara untuk mempamerkan karya masing-masing," katanya.
Menurut Zuraidah, peserta diberi masa selama enam jam untuk membina ukiran pasir bertemakan pelancongan.
"Setiap ukiran akan dinilai oleh juri berdasarkan keunikan dan kreativiti hasil kerja mereka," katanya.
Dalam pada itu, juara pertandingan ukiran pasir pantai Jepun 2011, Joo Heng Tan berkata, penganjuran program tersebut merupakan langkah awal dalam mempopularkan aktiviti berkenaan di kalangan rakyat tempatan.
"Saya berharap acara ini dapat diteruskan dan akan menjadi satu trend di kalangan rakyat di negara ini.
"Ini kerana Malaysia mempunyai pantai yang cantik serta luas di mana ia amat sesuai untuk aktiviti sebegini. Sebaiknya ia dijadikan acara tahunan melibatkan kategori peserta tempatan dan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, ukiran pasir amat berbeza dengan hasil seni yang sedia ada di negara ini.
"Membina hasil seni menggunakan pasir pantai dan air laut sangat mencabar kesabaran disebabkan ia memerlukan ketekunan yang tinggi.
"Kita sentiasa menggalakkan tarikan baru di Port Dickson dan dengan aktiviti ini ia mampu membantu menarik lebih ramai pelancong ke sini," ujarnya.
Tambahnya, kejohanan tersebut akan dijadikan acara tahunan sekali gus dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri ini.
"Program ini masih baru dan kita juga dapat melihat ramai pengunjung yang tertarik dengan acara yang julung kali diadakan di negara ini.
"Saya berharap tahun hadapan lebih ramai peserta akan terlibat dan tempoh penganjurannya juga dapat dilanjutkan," jelasnya.
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









