ARKIB : 10/07/2012
Padiberas Nasional Berhad bantu keluarga daif
KUCHING 9 Julai - Sejak kematian suami secara mengejut dua bulan lalu, kehidupan Sopiah Poli bersama tiga anaknya terumbang-ambing kerana hilang punca pendapatan serta tempat bergantung.
Ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', empat beranak tersebut yang tinggal di sebuah pondok usang di Kampung Sejijak di sini, terpaksa mengharap belas ihsan saudara dan jiran tetangga.
Beban Sopiah, 38, juga bertambah berat memandangkan dia perlu bekerja keras untuk menyara anak- anak, lebih-lebih lagi dua daripada mereka masih di bangku sekolah.
Nasib Sopiah sekeluarga bagaimanapun mendapat perhatian Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melalui anak syarikatnya, Beras Corporation Sdn. Bhd. (BCSB) Sarawak yang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini untuk menyerahkan bantuan.
Hadir menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan dan peralatan sekolah tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif BCSB, Mohd. Kamaluddin Mohd. Effendie serta Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Kampung Sejijak, Suria Mohd.
Menurut Mohd. Kamaluddin, kunjungan mereka itu merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan ulang tahun Bernas ke-18 yang disambut pada 7 Julai lalu.
"BCSB memutuskan untuk meraikan sambutan kali ini dengan pendekatan berbeza iaitu membantu mereka yang kurang bernasib baik.
"Selain itu, bantuan yang kita berikan ini adalah selaras dengan kempen 'Secupak Budi, Sepenuh Hati' yang dilancarkan Bernas bagi membantu anak-anak yatim di seluruh negara," katanya di sini baru-baru ini.
Selain keluarga Sopiah, turut mendapat perhatian dan menerima bantuan sama ialah ialah pasangan warga emas, Zamahari Sidek serta isterinya, Jijah Pari yang hidup melarat setelah kematian anak tunggal mereka empat tahun lalu.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









