VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 Jun 2013 / 10 Syaaban 1434  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 10/07/2012

167 peserta terima dividen RM1j

SIPITANG 9 Julai - Keupayaan Felcra Bhd. (Felcra) memajukan kawasan tanah terbiar seluas 383 hektar di daerah ini dengan projek tanaman kelapa sawit membuahkan hasil di samping membuktikan keupayaan agensi kerajaan itu membantu rakyat khususnya kumpulan peladang.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, pihak pengurusan Felcra telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan hasilnya telah dinikmati oleh rakyat daerah tersebut.

"Felcra telah memainkan peranan yang diharapkan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat luar bandar.

"Difahamkan peserta yang terlibat dengan projek tanaman kelapa sawit di Kampung Ulu Sipitang ialah seramai 167 orang dan mereka telah menerima dividen sebanyak RM1 juta pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Peserta Felcra Bhd. Ulu Sipitang, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Felcra Bhd. Sabah, Jamaludin Razali; Pengurus Felcra Beaufort, Mustapa Abdullah; Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Abdul Rahman Mohd. Noh dan Ketua Peserta Felcra Ulu Sipitang, Sapawae Tussin.

Sapawi menambah, kerajaan sentiasa komited meningkatkan ekonomi rakyat khususnya di luar bandar agar hidup mereka lebih terbela.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat terus menyokong semua program dan usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:42
Zohor 1:17
Asar 4:43
Maghrib 7:26
Isyak 8:42
 
 



 
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.