ARKIB : 10/07/2012
'Kami bersyukur masih ada yang prihatin'
KUCHING 9 Julai - Tiada perkataan atau luahan rasa yang dapat menggambarkan perasaan gembira golongan kurang bernasib baik apabila masih terdapat pihak yang prihatin terhadap mereka.
Menerima bantuan berbentuk keperluan makanan dan wang tunai, cukup besar maknanya bagi ibu tunggal, anak yatim, asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin yang menjalani kehidupan seperti 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Bukan nilai dan jenama barangan yang dipandang golongan terbabit tetapi lebih kepada rasa dihargai apabila mereka tidak dipinggirkan di kalangan masyarakat yang lain.
Sabtu lalu, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) bersama syarikat Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) menyalurkan sumbangan kepada 200 keluarga miskin dan kurang bernasib baik di negeri ini.
Salah seorang penerima bantuan, Paun Anong, 60, memberitahu, dia amat gembira malah bersyukur kerana nasibnya turut mendapat perhatian pihak luar.
Kata nenek kepada enam cucu itu, ini merupakan kali pertama dia menerima bantuan dan ia sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya sekeluarga.
"Selama ini kami sekeluarga bergantung hidup pada duit pencen suami saya sebanyak RM800 sebulan dan jumlah itu memang tidak mencukupi," katanya.
Sementara itu, penerima bantuan OKU, Azmi Yusof, 46, berkata, dia tidak menyangka menerima sumbangan tersebut kerana selama ini hanya bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Saya berterima kasih dengan IAM dan Etiqa Takaful kerana sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberi bantuan kepada kami," katanya.
Dalam pada itu, Faridah Gundi @ Jamliah Ali, 51, pula berkata, dia terpaksa menumpang hidup dengan salah seorang anak saudaranya kerana lumpuh.
Katanya, walaupun menyedari sering menyusahkan orang lain namun dia tidak mempunyai pilihan kerana penyakit yang dihadapinya sejak 27 tahun lalu tidak memungkinkannya meneruskan kehidupan sendirian.
"Saya berharap bantuan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia sangat diperlukan golongan seperti kami," katanya.
Kontraktor Sarawak dalami ilmu
Kerajaan bina 10 Mahkamah Anak Negeri dalam RMK-10
Kerajaan tubuh pasukan khas
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










