ARKIB : 10/07/2012
Menyumbang kepada insan memerlukan
KUCHING 9 Julai - Setiap orang mempunyai definisi dan anggapan berlainan mengenai makna kasih sayang.
Skop dan maksud kasih sayang itu cukup luas sebenarnya, ia bukan hanya membawa maksud si jejaka menyintai si gadis, malah lebih daripada itu.
Dengan hanya memberi bantuan dan sumbangan kepada seseorang yang memerlukan, ia juga adalah cara menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang itu.
Apa yang menarik mengenai kasih sayang ini, lebih banyak kita memberi maka lebih banyak jugalah dapat kita merasai nikmatnya.
Sehubungan itu, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dan syarikat Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) iaitu antara agensi yang sering memberi sumbangan dan bantuan sekali lagi bekerjasama menganjurkan aktiviti kemanusiaan.
Sabtu lalu, kedua-dua agensi tersebut terbang ke negeri ini bagi menyampaikan sumbangan kepada 200 insan kurang bernasib baik antaranya ibu tunggal, anak yatim, asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.
Kerjasama tersebut terjalin di bawah Program Jejak Prihatin 2012 yang telah menjelajah ke lapan buah negeri seluruh negara bagi menyampaikan wang zakat kepada kumpulan sasaran.
Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, amat bermakna dan membahagiakan dalam kehidupan mana-mana insan apabila dapat menggembirakan hati insan lain yang kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim.
Katanya, bukan nilai sumbangan yang menjadi taruhan dalam program itu tetapi lebih kepada makna hubungan sesama manusia kerana ia mampu menggembirakan mereka yang berasa dipinggirkan atau tidak berkemampuan.
"Melalui program ini, kami dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan serta penderitaan sebilangan masyarakat di negara ini yang kurang bernasib baik.
"Ia juga dapat memberi kesedaran kepada kami bahawa dalam kita meniti kehidupan yang mencabar, hakikatnya lebih ramai yang diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jejak Prihatin 2012 di Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama, di sini.
Hadir sama, Pengurus Kawasan Sarawak, Perniagaan Agensi Takaful Keluarga, Etiqa Takaful, Ezwandy Mahidi.
Setiap penerima bantuan tersebut membawa pulang barangan keperluan makanan seperti beras, susu, gula dan sardin serta wang tunai sebanyak RM50.
Lapan negeri yang terlibat dalam program tersebut adalah Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak termasuk Sarawak dan dijangka ke Pahang pada minggu depan.
Sementara itu, Ezwandy berkata, kerjasama antara pihaknya dengan IAM telah terjalin selama dua tahun dan dalam tempoh tersebut pelbagai golongan telah mereka temui.
Katanya, secara tidak langsung pihaknya telah membuka mata orang ramai tentang kemiskinan selain memberi harapan kepada golongan kurang bernasib baik bahawa mereka tidak pernah dipinggirkan.
"Walaupun nilai sumbangan dan bantuan yang diberikan tidaklah seberapa, namun semuanya adalah tanda keikhlasan kami untuk meringankan beban golongan terbabit," katanya.
Dalam pada itu, Zawahir berkata, kurang dua minggu lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan dan pihaknya telah merangka pelbagai aktiviti sempena bulan tersebut.
Katanya, di bawah program Kasih Ramadhan, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negeri untuk bertemu dengan golongan kurang bernasib baik untuk berbuka puasa bersama-sama dan menyampaikan sumbangan hari raya.
"Biarpun terpaksa mengharungi laluan yang sukar ketika mengagihkan bantuan ke seluruh negeri, namun kita optimis bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat," katanya.
Selain itu, katanya, bantuan dan sumbangan tersebut juga akan diagihkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Katanya, semua pihak berhak mendapat bantuan tersebut kerana kasih sayang dan rasa cinta itu wujud dalam diri setiap individu.
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









