ARKIB : 10/07/2012
Guan Eng, Betty, Phaik Kheng perlu duduk semeja
PULAU PINANG 9 Julai - Tiga individu yang kini menjadi perhatian ramai iaitu Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew Gek Cheng serta Ng Phaik Kheng perlu mengadakan sidang akhbar bersama bagi menamatkan kontroversi melibatkan mereka.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, tindakan sedemikian perlu bagi memberi penjelasan kepada umum tentang perkara sebenar.
Menurutnya, kontroversi tersebut tidak perlu berpanjangan kerana ia hanya akan merumitkan keadaan.
"Ini kerja mudah, cuma beritahu ya atau tidak.
"Beri penjelasan kerana jika tidak rakyat salah faham tentang perkara ini. Tidak guna memanjangkan isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sabtu lalu, Betty dan Guan Eng mengadakan sidang akhbar bersama bagi menafikan skandal suaminya dengan Phaik Kheng yang juga bekas kakitangan di Pejabat Ketua Menteri.
Bagaimanapun, hanya Betty yang memberi penjelasan dalam sidang akhbar berkenaan sementara Guan hanya berdiam diri.
Betty yang kelihatan tidak ceria turut menafikan beliau pernah menyerang Phaik Kheng dan menuduh ia merupakan konspirasi Barisan Nasional (BN).
Phaik Kheng pula sehingga kini masih mengambil sikap berdiam diri berhubung isu tersebut.
Cheng Guan menambah, mereka tidak perlu takut berbuat demikian sekiranya benar dakwaan yang dilemparkan terhadap ketiga-tiganya adalah palsu.
"Mereka tidak perlu takut. Kalau tidak buat kenapa perlu takut?" ujarnya.
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









