ARKIB : 10/07/2012
DAP 'undang' bantahan rakan
KUALA TERENGGANU 9 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan ia suatu tindakan mengejutkan jika benar DAP berhasrat untuk bertanding bagi 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, ia pasti mengundang bantahan kerana setahu beliau, kesemua parti dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mengadakan perbincangan berhubung hasrat tersebut.
Beliau menegaskan, DAP sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan Pas dan PKR mengenainya sebelum membuat keputusan tentang kedudukan serta jumlah kerusi yang akan ditandingi.
Harun juga menggesa DAP mendapatkan persetujuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan bertindak bersendirian.
"Sebenarnya saya belum tahu pasal ini (hasrat DAP tanding 90 kerusi parlimen). Ini pertama kali saya dengar. Mereka (DAP) kena tanya rakan parti lain dulu lah (Pas dan PKR). Kena tanya Anwar Ibrahim dulu lah sama ada setuju atau tidak.
"Saya tak dapat jelaskan perkara ini sebab kita belum bincang lagi. Yang penting, ia kena bincang dulu sesama parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Yang pasti, ini bergantung kepada persetujuan Pas dan PKR dulu sebelum kita buat keputusan dan setakat ini, kita belum putus lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun menyatakan demikian sebagai mengulas hasrat DAP untuk bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU-13, seperti didedahkan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com.
Pendedahan blog tersebut turut mendapat sokongan daripada blog www.mykmu.net selain pisau.net.
Berdasarkan pendedahan itu, Pas pula akan bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi dan jumlah itu senasib dengan PKR yang juga diperuntukkan 66 kerusi.
Harun berkata, sekiranya DAP tetap dengan keputusan untuk bertanding di 90 kawasan Parlimen, ia akan mengundang bantahan daripada rakan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Sebaliknya, tegas beliau, DAP perlu akur dengan permintaan serta tuntutan daripada Pas atau PKR atas semangat 'setiakawan' dalam satu pakatan.
''Pakatan (pembangkang) bukan macam dalam BN. Kita belum ada keputusan muktamad lagi. Tapi kalau mereka (DAP) teruskan juga hasrat itu dan kita tak setuju, mereka kena akur (kehendak Pas dan PKR)," ujarnya.
Ditanya sama ada hasrat DAP itu membuktikan parti itu akan menjadi 'tulang belakang' dan dominan apabila pakatan pembangkang memerintah kelak, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









