ARKIB : 10/07/2012
Anwar perlu pulangkan RM3 bilion
KUALA LUMPUR 9 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya memulangkan RM3 bilion dalam bentuk akaun induk sebelum bersara daripada politik sekiranya pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, rakyat sudah pasti tidak mahu Anwar bersara tanpa memulangkan wang tersebut kepada pihak berwajib.
"Duit itu amat berguna dan boleh digunakan untuk membantu ramai orang miskin dan anak-anak yatim. Tolong pulangkan semula duit rakyat itu sebelum bersara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu akaun induk bernilai RM3 bilion yang dikawal Anwar diperkatakan kembali selepas didedahkan oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali baru-baru ini.
Berikutan itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 18 Jun lalu tampil mengesahkan bahawa akuan bersumpah yang dibuat beliau mengenai Anwar yang mengawal 20 akaun induk pada 13 tahun lalu adalah benar.
Anwar pula dalam laporan Financial Times baru-baru ini menyatakan kesediaan beliau untuk berundur daripada politik sekiranya pembangkang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Justeru, Ruslan yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Anwar supaya mengambil tindakan menyaman Ummi Hafilda serta Murad atau memulangkan wang tersebut bagi membersihkan dakwaan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta Anwar untuk mengisytiharkan punca pendapatan PKR sehingga boleh membiayai lawatan Penasihat PKR itu ke luar negara yang begitu kerap setiap tahun kerana ia melibatkan dana besar.
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
BN terima keputusan Joseph Salang tolak jawatan
Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah
Gerakan bukan 'political salesman' - Kohilan
Jusuf rintis Najib, Anwar damai
SPDP masih ada ruang
Kelantan sambut baik Kabinet
Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum
Pas Terengganu ucap tahniah
Pelantikan tiga Ahli Parlimen Terengganu suatu sejarah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









