ARKIB : 10/07/2012
Dibayar lumayan dedah laporan
ROM 9 Julai - Kapten Costa Concordia yang mengakibatkan kapal mewah itu terbalik di perairan pulau Tuscan, Itali sehingga mengorbankan 42 penumpang awal tahun ini, dilaporkan bakal menerima sebanyak 50,000 euro (RM195,934) hasil beberapa siri temu bual dengan media.
Bagaimanapun, kumpulan hak pengguna telah berikrar untuk memastikan Francesco Schettino tidak akan menikmati wang yang diperolehnya itu.
Lelaki berusia 52 tahun itu kini berhadapan dengan beberapa pertuduhan termasuk mengakibatkan banyak kematian dan meninggalkan kapal terlalu awal berikutan bencana itu.
Schettino juga dikatakan sedang melakukan rundingan bersama sebuah stesen televisyen dan majalah berita mingguan berhubung temu bual itu.
Peguam Schettino, Paul Bastianini mengesahkan kepada ahkbar Itali, La Stampa bahawa satu perjanjian lumayan sedang diusahakan bagi pihak anak guamnya itu.
"Buat masa ini, belum ada perjanjian yang dimeterai. Saya bukannya pakar dalam kontrak seperti ini, namun kita mahu memaksimumkan kepentingan kapten Schettino supaya kedua-dua berita eksklusif itu disiarkan bersama bagi memastikan mereka tidak merendahkan satu sama lain," katanya.
Berita itu timbul selepas khabar angin yang tidak dapat disahkan yang menyatakan, sebuah syarikat penerbitan buku Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan kemungkinan satu perjanjian buku dengan Schettino.
Sementara itu, Presiden kumpulan pengguna Codacons, Carlo Rienzi memberitahu akhbar The Independent bahawa mereka akan berusaha memberikan wang yang diperolehi Schettino kepada keluarga mangsa terbunuh dan mangsa yang terselamat ekoran kemalangan tersebut. - AGENSI
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Penduduk Hong Kong paling rasis
Israel mahu sahkan penempatan haram
Mahasen badai Myanmar, Bangladesh, 46 maut
Kenderaan pelancar peluru berpandu Korea Utara bertambah
Suami rasai sendiri pengalaman bersalin
1,000 penduduk China sertai demo halang bina kilang kimia
Taufan Mahasen membadai Teluk Bengal, 10 maut
China arah henti siar drama pertempuran dengan Jepun
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









