ARKIB : 10/07/2012
Kampus Icam siap tahun depan
KUALA LUMPUR 9 Julai - Kampus baru Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) milik HICOM University Sdn. Bhd. (HUCSB) di Pekan, Pahang dijangka siap pertengahan tahun depan.
HUCSB merupakan anak syarikat milik DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom).
Ketua Pegawai Operasi HUCSB, Sharifah Halimah Syed Ahmad berkata, kampus baru itu dijangka dapat menampung 5,000 mahasiswa pada satu masa.
Katanya, pembangunan Icam menelan perbelanjaan sebanyak RM380 juta dan dibangunkan berperingkat-peringkat.
"Kami menawarkan bidang pengajian yang lebih mengkhusus kepada teknologi dan kejuruteraan terutamanya dalam automotif,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian program pelesenan program di antara Icam dan Multimedia University (MMU) serta Icam dengan Infor Global Solutions (KL) Sdn. Bhd. (Infor Global) di sini hari ini.
Majlis menandantangani itu telah disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa.
Hadir pada majlis ialah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd., Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil, Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Muhamad Rasat Muhamad, Pengurus Besar dan Pengarah Urusan Serantau Infor Selatan Asia Pasifik, David Hope,
Perjanjian yang termeterai di antara Icam dan MMU akan membolehkan Icam menawarkan program pertama pengajian peringkat sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).
Manakala kerjasama di antara Icam dan Infor Global pula membabitkan penyediaan penyelesaian perisian untuk sektor automotif bagi mahasiswa Icam.
Tambah Sharifah Halimah, pengambilan pertama mahasiswa bagi mengikuti program sarjana MBA akan bermula pada Jun atau Julai tahun depan.
Katanya, buat permulaan, sebanyak 20 mahasiswa akan diambil bagi mengikuti pengajian tersebut.
"Graduan Icam akan menerima sijil MBA daripada MMU dan dijamin peluang pekerjaan dalam industri automotif," ujarnya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









