ARKIB : 10/07/2012
Rasa tertipu dengan promoter Unifi
Saudara Pengarang,
SAYA merupakan pelanggan setia TM dan melanggan Streamyx di rumah dengan bayaran RM110 sebulan.
Baru-baru ini, saya telah dihubungi menerusi telefon oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai promoter TM bernama Yaya.
Menurut Yaya, saya diberi tawaran hebat untuk menaik taraf akaun Streamyx kepada Unifi dengan 30 saluran televisyen percuma dan bayaran bulanannya adalah RM110 sepanjang tiga bulan.
Setelah berbincang dengan suami, saya bersetuju untuk melanggan Unifi dan membatalkan akaun Streamyx.
Seminggu berikutnya iaitu pada 11 Mei lalu pukul 1 tengah hari saya didatangi oleh dua orang kontraktor TM untuk memasang Unifi.
Saya mula menjadi keliru apabila mereka tidak memotong talian Streamyx, tetapi hanya memasang Unifi dan talian telefon yang baru.
Saya bertanya kepada kontraktor berkenaan mengapa talian Streamyx tidak dibatalkan dan mengapa saya mendapat talian telefon baru sedangkan talian telefon lama masih aktif? Mereka menjawab tidak tahu dan hanya diarahkan untuk memasang Unifi sahaja.
Saya pun menghubungi TM Careline dan mereka meminta saya datang ke TM Point untuk membatalkan sendiri akaun Streamyx tersebut dan malangnya terpaksa memotong sekali talian telefon rumah sedia ada.
Masalah tidak selesai di situ apabila saya mendapati saluran televisyen yang dijanjikan secara percuma itu sebenarnya hanyalah pek percubaan selama sebulan dan sekiranya saya berminat melanggan bayaran tambahan akan dikenakan.
Lebih malang apabila pada penghujung bulan saya menerima bil Streamyx yang perlu membayar RM122 sedangkan saya tidak lagi menggunakan Streamyx, tetapi disebabkan pihak TM tidak mengarahkan pemotongan Streamyx apabila saya bertukar kepada Unifi, maka saya terpaksa melunaskan bil Unifi sebanyak RM283 dan bil Streamyx berjumlah RM122.
Saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini lalu sekali lagi menghubungi Unifi Careline dan alangkah terkejutnya saya apabila dimaklumkan bahawa tujuan pegawai bernama Yaya itu melakukan pemasangan semula Unifi dan bukan menaik taraf streamyx adalah untuk mengejar komisen.
Saya berasa benar-benar tertipu dan mengikut kiraan saya telah kerugian hampir RM300 gara-gara pegawai TM mengejar komisen.
Saya mohon pihak TM melakukan siasatan terperinci dan memberikan penjelasan tentang isu ini agar tiada pihak lain yang akan menjadi mangsa.
ANTI PENIPU
Johor Bahru
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









