ARKIB : 10/07/2012
Eramin 5 bernilai RM58.28j dirampas
PELABUHAN KLANG 9 Julai - Kastam mematahkan cubaan menyeludup dadah yang didalangi sindiket antarabangsa selepas merampas pil Eramin 5 bernilai RM58.28 juta yang disembunyikan di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat di sini Jumaat lalu.
Kesemua 2,914,000 biji pil khayal itu dimuatkan di dalam 20 kotak hitam serta disembunyikan bersama 202 guni Chewing Tobacco dan 100 kotak Agrabathi yang diikrar sebagai dagangan dalam kontena tersebut.
Difahamkan, kontena yang membawa dagangan dari India menaiki kapal MOL Emissary itu sepatutnya ke Hong Kong pada 18 Jun lalu, tetapi menukar haluannya ke Malaysia mungkin kerana masalah penguatkuasaan dan berlabuh di Pelabuhan Barat pada 23 Jun lalu kerana menyangka akan terlepas.
Bagaimanapun, kecekapan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor berjaya menghidu aktiviti mencurigakan sindiket itu dan menyekat cubaan mereka menyeludup jutaan pil khayal sekali gus membuat rampasan dadah terbesar tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Kastam, Datuk Matrang Suhaili berkata, pihaknya terpaksa menunggu agak lama sebelum memeriksa kontena tersebut untuk mengintip pergerakan sindiket terlibat memandangkan tiada pihak yang menuntut barangan di dalamnya.
Beliau berkata, hasil pemantauan pihaknya berjaya mengesan pergerakan untuk memindahkan barangan di dalam kontena itu ke gudang di Pelabuhan Barat dipercayai untuk tujuan pecah pukal pada 29 Jun lalu.
Menurutnya, bagi mengelak masalah untuk memantau aktiviti sindiket berkenaan, kontena tersebut telah ditahan melalui sistem Unit Pemantau Kontena Kastam Selangor pada 30 Jun lalu.
"Kita juga mendapati kontena tersebut diuruskan oleh syarikat tempatan di Kuala Lumpur, tetapi apabila diperiksa alamatnya palsu. Jadi Jumaat lalu, kita memeriksa kontena itu dan mendapati selain Chewing Tobacco dan Agrabathi, terdapat juga 20 kotak yang setiap satu berisi 31 plastik hitam.
"Setiap plastik mengandungi 4,700 pil warna jingga dipercayai Eramin 5 yang kesemuanya berjumlah 2,914,000 biji pil atau nilai pasarannya RM58.28 juta atau RM20 sebiji," katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Pulau Indah, Pelabuhan Barat, di sini hari ini.
Matrang berkata, siasatan lanjut pihaknya berjaya memberkas dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga India berusia 30-an yang dipercayai bertindak sebagai ejen dalam serbuan di sekitar Selangor.
Susulan penahanan itu, kata beliau, pihaknya memberkas wanita tempatan berusia 32 tahun dan suaminya yang merupakan warga Bangladesh berusia 41 tahun di Pulau Pinang.
"Kedua-dua suspek yang bekerja di sebuah restoran dipercayai terlibat mengarahkan barangan kontena itu dipindahkan ke gudang.
"Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan kastam berhubung kes ini," katanya.
2 penunggang maut, pembonceng parah nahas di Jalan Ipoh-Taiping
Insiden tembak selepas solat: Majlis akad nikah ditangguhkan seketika
Ibu bapa bergaduh, kepala anak tertusuk gunting
19 wanita tukang urut ditahan
Pelancong wanita AS nyaris jadi mangsa ragut
Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebaskan
Kereta terbabas, pemandu maut di Kota Kinabalu
2 pasangan suami isteri antara 68 warga asing ditahan di Melaka
Maut ditembak selepas solat di masjid
Kerjasama masyarakat digembleng dalam Jabatan Pencegahan Jenayah
Padah cuba samun polis, lelaki ditembak mati di Petaling Jaya
18 ditahan sertai perhimpunan depan lokap
Penyamun pejabat pos diberkas
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan
Pelajar 15 tahun maut terjun bangunan sekolah
Polis edar gambar suspek warga Myanmar bunuh rakan
Pelajar 15 tahun maut terjun bangunan sekolah
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan dalam lokap
Tamrin Ghafar turut ditahan di bawah Akta Hasutan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









