ARKIB : 10/07/2012
Mahu dikenali sebagai pelakon
MUNGKIN ada yang berpendapat adalah satu kerugian buat mereka yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi kemudiannya berhenti demi meneruskan minat dalam seni.
Mana tidaknya, bidang seni bukannya selalu menjanjikan bulan dan bintang. Jauh sekali untuk hidup mewah dengan pendapatan sehingga mencecah jutaan ringgit seperti mereka di Hollywood.
Tetapi naib juara Raja Lawak musim ketiga, Nuur Jihan Musa atau lebih dikenali sebagai Jihan berfikiran sebaliknya.
Selepas berhenti kerja lebih kurang setahun yang lalu, dia melihat prospek kerjayanya hari ini semakin berkembang baik.
"Alhamdulillah, setakat ini semuanya okey. Tawaran pun makin banyak. Apa yang saya tidak dapat buat dulu, sekarang dah boleh terutama untuk bekerja di luar daerah.
"Memang kalau banyak tawaran pun wataknya lebih ke arah komedi. Tetapi sebenarnya saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon dan bukan pelakon komedi semata-mata.
"Setakat ini satu-satunya watak serius yang saya bawakan hanyalah dalam drama Patah Seribu arahan Michael Ang. Kalau boleh saya mahu mencabar diri juga dengan watak yang berat," kata Jihan sewaktu ditemui pada pembukaan cawangan Ayamazz Roti Impit ke-15 di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Betul juga kata Jihan. Jangan kerana orang itu asyik berlakon komedi, asyik watak yang sama sahaja diberikan.
Ingat pelakon komedi tak boleh bawa watak serius ke? Belum cuba belum tahu kan? Untuk Jihan, selamat maju jaya. Yang penting, awak semakin cantik sekarang.
Apa rahsia, ada buat suntik-suntik ke atau selalu mandi bunga? Opss, jangan marah ya, kami bergurau saja.
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Berjaya juga
Timba ilmu sambil berhibur
Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola
Bahagia bersama anak-anak
Dera orang tua
80 peratus artis tiada rumah sendiri
Pekin bukan batu api
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









