VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 10/07/2012

Filem Malaysia Sampah?

KOS yang diuar-uarkan berjuta-juta bukanlah jaminan sesebuah filem itu boleh 'meletup' di pawagam dan tidak semestinya, filem yang kurang bajet tidak boleh berjaya.

Pada tahun ini sahaja dianggarkan lebih 70 buah filem telah dan menanti waktu tayangan berbanding 40 buah filem pada tahun lalu.

Daripada 36 buah filem yang telah ditayangkan, filem Adnan Sempit 2, yang mula ditayangkan pada 16 Februari berjaya mengumpul kutipan tertinggi RM6.82 juta.

Filem Bohsia 2 Jalan Kembali, yang mula ditayangkan pada 7 Jun berjaya mencatatkan kutipan hampir RM5 juta diikuti Bujang Telajak kutipan RM2.60 juta dan Jangan Pandang-Pandang dengan RM2.51 juta.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sehingga 25 Jun lalu, filem yang mendapat kutipan paling rendah adalah Chantek, arahan Pierre Andre sebanyak RM100,000 berbanding kosnya RM1.4 juta.

Menduduki tempat kutipan kedua terendah adalah Gerimis Mengundang, lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen, iaitu hanya RM220,000 berbanding kos yang dikeluarkan oleh E-Rama Creative hampir RM2 juta.

Manakala filem Mantera terbitan Flare Studios dan Hoore! Hoore! (Astro Shaw/Independent Pictures), masing-masing hanya berjaya mencatat kutipan sebanyak RM350,000.

Kenapa merosot?

Fenomena industri perfileman tempatan dilihat sering terikut dengan trend genre filem yang diminati penonton pada satu-satu masa.

Apabila seorang pengarah mengarah filem seram dan mendapat sambutan, maka berduyun-duyun pula menghasilkan genre yang sama. Kalau lebih baik daripada yang pertama, kita boleh terima tapi kalau setakat tangkap muat, amat mengecewakan industri.

Tema filem tempatan juga dilihat tidak sejagat kerana lebih banyak memberi tumpuan pada budaya masyarakat setempat dan jika ditayang di luar, mungkin penonton tidak faham. Mungkin untuk diselarikan dengan slogan Filem Kita, Wajah Kita.

Tapi itu bukan kekangan kalau pembikin filem bijak memanipulasi isu-isu yang boleh dijadikan intipati cerita yang boleh diterima oleh global.

Justeru, penerbit atau penulis skrip perlulah mengikut langkah penulis dan pengarah dari Iran, Majid Majidi yang mengarah filem Children of Heaven pada tahun 1997.

Meskipun jalan ceritanya mudah tapi filem berkisar abang dan adik yang kehilangan kasut itu turut dicalon untuk Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam tahun 1998.

Malah filem yang dibuat dengan kos sekitar RM570,000 (AS$180,000) berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.96 juta (AS$933,933) di Amerika Syarikat dan tayangan seluruh dunia mencecah kutipan RM5.6 juta (AS$1.6 juta).

Isu yang diketengahkan itu mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya di kalangan keluarga miskin.

Sebuah lagi filem Iran yang berjaya menyentuh hati pelbagai pihak adalah A Separation, karya dan arahan Asghar Farhadi. Filem dengan kos RM2,531,440.81 (AS$800,000).

Merupakan filem Iran pertama yang berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik 2012 dan kategori yang sama juga dimenangi di Golden Globe.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.