VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 09/07/2012

Keunikan Adat Perpatih 700 tahun

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melakukan gimik perasmian dan pelancaran buku pada Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 di Muzium Diraja Istana lama, Seri Menanti, Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 8 Julai - Pepatah di atas itulah perbilangan yang dapat dilihat mengenai keunikan Adat Perpatih yang begitu sinonim dengan sanubari masyarakat di negeri ini.

Biarpun adat ini telah menjadi pegangan umum di negeri ini sejak 700 tahun lalu, namun masih ada yang prejudis kerana kurangnya kefahaman yang mendalam mengenai adat yang diperkenalkan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang itu.

Justeru, Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 diadakan baru-baru ini di Muzium Diraja Istana lama Seri Menanti, dekat sini.

Majlis gilang gemilang itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Ia menjadi acara dalam kalendar tahunan kerajaan negeri menjadi salah satu platform terbaik bagi orang ramai menghayati isi kandungan sebenar adat ini.

Pesta yang diadakan itu juga bukan hanya sebagai pesta semata-mata malah agenda yang tersirat menerusi program tersebut adalah bagi menjadikan masyarakat di negeri ini kenal dan diamalkan dalam kehidupan individu.

Sementara itu, perasaan teruja dan gembira jelas terpancar di kalangan peserta Persidangan Antarabangsa Negara Rumpun Melayu-Polynesia yang berkesempatan menyaksikan pesta tersebut.

Mereka menganggap program itu memberikan impak yang besar kepada mereka yang bergelar Melayu biarpun kini berada di perantauan.

Pengunjung tertarik dengan permainan tradisonal iaitu menarik penumpang menggunakan upih pokok pinang.

Bagi Faika Haroun, 42, yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, dia dapat melihat banyak persamaan yang dikongsi antara Melayu Malaysia dan Melayu Polynesia dari pelbagai sudut.

“Apabila berada di sini, saya rasa seperti di kampung halaman kerana rata-rata orang Melayu di sini mempunyai bentuk fizikal yang sama dengan orang Melayu di tempat saya, malah banyak persamaan dalam sebutan perkataan.

“Peluang menyaksikan program seperti ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana dapat melihat keunikan budaya dan Adat Perpatih itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Rukeya Harris, 54, yang juga dari Cape Town, Afrika Selatan melahirkan rasa bangga kerana dapat mempelajari asal usul kedatangan Melayu ke Afrika Selatan.

“Kami tidak sangka mempunyai terlalu banyak persamaan dengan orang Melayu di sini, banyak yang kami pelajari tentang kaitan generasi Melayu di sini dengan di tempat kami," katanya.

Frank Williams, 43, yang berasal dari New Zealand pula berkata, keunikan Adat Perpatih adalah terlalu istimewa dan penduduk di sini harus berbangga kerana mewarisinya.

“Hari ini kami diberi peluang menyaksikan sendiri budaya dan tradisi yang dipraktikkan masyarakat di Negeri Sembilan, malah kami juga dapat merasai masakan tempatan di sini dan ia sangat enak," katanya.

Seorang lagi peserta, Hanif Arris, 56, yang juga berasal dari Cape Town, Afrika Selatan berkata, pameran luak-luak dan demonstrasi masakan pada pesta itu adalah sesuatu yang amat menarik.

“Kami diberi taklimat tentang pucuk kepimpinan dalam sistem pemerintahan Adat Perpatih dan ia sangat istimewa.

“Malah, kami juga diberi peluang melihat demonstrasi masakan tradisional yang hampir dilupakan generasi muda," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.