ARKIB : 09/07/2012
Lakonan Mohd. Khalil curi tumpuan
MELAKA 8 Julai - Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau secara spontan melakonkan watak Dato Bendahara Seri Maharaja pada majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun Keempat Melaka diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia di hadapan kapal Samudera, Banda Hilir, di sini malam tadi.
Rata-rata orang ramai yang hadir menyaksikan majlis tersebut terpegun melihat lakonan bersahaja Mohd. Khalil itu.
Babak mengimbas kembali kepimpinan Sultan dan pembesar-pembesar Melaka di zaman kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dilakonkan semula berdasarkan fakta sejarah sempena majlis tersebut.
Pada mulanya, Mohd. Khalil duduk bersama-sama pembesar negeri yang dilakonkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Zainal Abu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Mohd. Khalil bangun secara spontan untuk turut serta dan mengimbas kembali suasana di Balai Seri Rong sewaktu pedagang-pedagang Melayu, Cina, India, Arab dan Majapahit masuk menghadap.
Berpakaian seperti pahlawan Melayu dengan berbaju Melayu dan bertanjak, dialog yang dituturkan Mohd. Khalil mencuit hati orang ramai yang kelihatan turut tersenyum.
Lakonan Mohd. Khalil itu mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 orang yang hadir menyaksikan majlis perasmian itu yang bertemakan Melaka Bandar Pelabuhan Maritim di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam ucapannya berkata, keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 disebabkan kegiatan perdagangannya yang menjadi sumber pendapatan utama ketika itu.
"Kebijaksanaan kepimpinan Sultan dan pembesar yang mentadbir 59 suku kaum dengan harmoni dan mesra menjadikan Melaka sebagai pusat pertemuan serantau serta antarabangsa," katanya.
Dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Othman, Mohd. Ali menambah, kestabilan dan keharmonian yang wujud sejak dulu perlu dipertahankan bagi membolehkan Melaka terus mengorak langkah membina negara stabil menuju wawasan 2020.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik serta duta asing dari Chile, wakil dari Macau, Singapura dan Indonesia.
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu
Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan
KAYM tawar Dermasiswa Pendidikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









