ARKIB : 09/07/2012
Kumpulan Utusan ungguli pertandingan menembak
KUCHING 8 Julai - Kumpulan Utusan mendominasi pertandingan menembak pistol jenis Glock 17 individu bagi kategori media pada program Sehari Bersama Media anjuran Markas 1 Divisyen di Kem Semenggo, Kota Sentosa, dekat sini hari ini.
Bidikan tepat jurugambar Kosmo!, Mohamad Gustie Noorambia membolehkan beliau memenangi tempat pertama kategori tersebut manakala wartawan Utusan Malaysia, Zaain Zin dan Farhana Joni masing-masing memenangi tempat kedua dan keempat.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi jurugambar RTM, Abdul Wahid Jini.
Bagi kategori menembak piring berkumpulan, Mohamad Gustie sekali lagi menjadi jaguh apabila kumpulan yang diketuainya berjaya memenangi pertandingan tersebut.
Brigedier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal pula mengungguli kategori pegawai tentera manakala tempat kedua dan ketiga disandang Brigedier Jeneral Hasagaya Abdullah dan Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.
Selain pertandingan menembak, beberapa acara lain melibatkan media turut diadakan seperti memasak rangsum, memakai pakaian Medan Tentera (FSMO) serta membuka dan memasang senjata Colt M16 dan pistol.
Semua hadiah disampaikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.
Program Sehari Bersama Media diadakan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ke-46 1 Divisyen yang disambut pada 1 Julai lalu.
Selain Sehari Bersama Media, pelbagai program lain turut diadakan seperti Perbarisan Tempur HUT 1 Divisyen, tahlil dan doa selamat, ceramah perdana, makan malam Rejimental serta pertandingan sukan.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









