VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 09/07/2012

Nak jadi PM mesti bermoral

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika melawat sekitar Pasar Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’.

Katanya, pemilihan tema itu bersesuaian dengan pendekatan 3K yang diamalkan sejak 55 tahun lalu yang menjadi bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang menunaikan segala janji kepada rakyat sehingga meletakkan Malaysia muncul negara membangun paling maju di dunia.

Beliau berkata, 3K dimaksudkan ialah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan yang kini dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira agama, budaya mahupun warna kulit.

Sambil menyelar sikap pembangkang yang tidak malu mendabik dada mendakwa kononnya mereka membawa kemakmuran kepada negeri-negeri yang diperintah, Najib berkata, pendekatan 3K itu juga akan ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam usaha menawan kembali negeri itu.

Katanya, pendekatan 3K akan menjadi penawar rakyat Selangor yang ditipu pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selaku Pengerusi BN negeri, beliau berjanji akan membawa lebih banyak kemakmuran, kenikmatan serta kemajuan kepada Selangor.

Justeru, Perdana Menteri mengulangi janji beliau untuk memperkenalkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam masa terdekat, selepas pelbagai program yang mendahulukan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diwujudkan sebelum ini.

“Janji ditepati bukan perkara sehari dua, ia dilaksanakan BN sepanjang 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata dan tiada keperluan untuk kita mempolitikkan (tawar janji-janji kosong) seperti pembangkang tetapi kami mahu membantu rakyat.

“Tengok sahaja Selangor, siapa yang membangunkan negeri ini? Jasa siapa? Siapa yang bangunkan Bangi ini? Siapa yang mendirikan institusi pengajian tinggi, tubuhkan pusat-pusat latihan? Bangi dahulu kawasan hutan tetapi hari ini muncul pusat pertumbuhan kerana jasa BN.

“Siapa bangunkan Shah Alam, Cyberjaya dan wujudkan Putrajaya? Siapa pula berjanji tetapi sekadar di bibir, mana janji-janji mereka sebelum pilihan raya 2008?" katanya semasa berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Selangor di Bangi.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon serta beberapa menteri Kabinet lain.

Dalam pada itu, Najib mahu rakyat Selangor menuntut segala janji politik yang dibuat pakatan pembangkang di negeri itu seperti mengurangkan cukai pintu, tabung permulaan RM100 untuk bayi dan elaun khas kepada ibu tunggal yang sehingga kini hanya omong kosong.

Tegas beliau, bukan sahaja pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan janji tetapi lebih teruk menipu rakyat.

Ini apabila nasib golongan ibu tunggal dan miskin yang kononnya mahu dibela, ditindas pula dengan menaik kadar sewa seperti yang berlaku di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.

“Pembangkang bukan sahaja tidak tunaikan janji untuk kurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus tetapi saya dimaklumkan semasa beramah mesra dengan penduduk di Seksyen Satu tadi, sewa bulanan premis untuk ibu tunggal dinaikkan dari RM125 sebulan (era BN) kepada RM250.

“Ini belum lagi janji-janji mereka dalam Buku Jingga yang jika dilaksanakan akan meranapkan ekonomi negara. Oleh sebab itu, hari ini kita pilih baju jingga untuk buktikan BN sebuah parti dan kerajaan yang menepati semua janji kepada rakyat berbanding apa yang ditawarkan di dalam Buku Jingga," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.