VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 09/07/2012

Kementerian Pelajaran bangga pencapaian SABK

Abd. Ghafar Mahmud (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2011 di Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU 8 Julai - Kementerian Pelajaran bangga dengan tahap pencapaian sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di negeri ini yang mencatatkan keputusan cemerlang setara dengan pencapaian sekolah-sekolah di bawah kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pihaknya berjaya meningkatkan kualiti akademik di sekolah terbabit biarpun penyerapan sekolah agama rakyat atau sekolah yang diurus kerajaan negeri ke dalam sistem persekolahan kementerian berlaku dalam tempoh singkat.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 22 sekolah agama di negeri ini didaftarkan sebagai SABK dan menerima pelbagai bantuan prasarana serta pembelajaran.

"Saya amat bersyukur kerana dari segi akademik, SABK ada kualiti, walaupun dalam tempoh yang singkat ia dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah kementerian dan itu yang kami harapkan.

"Saya percaya dengan penyerapan SABK dalam sistem pendidikan, kita dapat meningkatkan kualiti sekolah tersebut dan pengiktirafan yang mereka terima hari ini adalah bukti keberhasilannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2011 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Timbalannya, Zahari Daud.

Pada majlis itu, beberapa buah SABK turut menerima pengiktirafan dan berjaya menyaingi pencapaian sekolah kementerian lain antaranya Sekolah Menengah Agama (Arab) Tengku Amalin A'ishah Putri, SMU (A) Al-Kauthar dan SMU (A) Tarbiah Islamiah.

Sementara itu, beliau memberitahu, pembelajaran peringkat rendah di negara ini telah mencapai tahap enrolmen sejagat apabila kadar kemasukan pelajar ke sekolah rendah melebihi kadar 95 peratus.

Katanya, dapatan itu diperoleh daripada kajian diagnostik yang dijalankan Kementerian Pelajaran dengan konsultan dilantik, Mckenzie, bermula dari September tahun lalu sehingga Februari tahun ini.

"Bagaimanapun bagi kemasukan ke peringkat menengah, peratusan yang diperoleh belum lagi mencapai tahap yang diinginkan apabila hanya mencatatkan kemasukan 89 peratus.

"Namun, kajian yang kita lakukan hanya melibatkan sekolah kementerian, ada pelajar kita selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpindah ke sekolah lain atau sekolah agama yang tidak berdaftar dengan kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah, kementerian meletakkan sasaran agar peratusan pelajar yang mengikuti tempoh 11 tahun pembelajaran di sekolah akan dapat mencapai tahap enrolmen sejagat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.