ARKIB : 09/07/2012
Masyarakat hargai inisiatif SMP-Utusan Malaysia
Inisiatif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dengan kerjasama Utusan Malaysia menganjurkan Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi dihargai masyarakat dan menerima permintaan yang tinggi daripada pelbagai pihak di seluruh negara.
Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, komitmen oleh guru pengiring serta ibu bapa menjadikan program ini dihargai oleh masyarakat khususnya di Ketereh, Kelantan.
"Kami kagum melihat warga sekolah dan masyarakat yang mengorbankan hari cuti untuk menghantar anak dan turut bersama-sama mendengar program yang dibawa oleh pakar motivasi, Dr. Ismail Zain dan guru-guru pakar," katanya selepas tamat program tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh, Kelantan baru-baru ini.
Malah, kata Noraini, pihaknya menerima panggilan daripada pelosok tanah air bertanyakan bila program akan sampai ke kawasan mereka.
"Mereka dahagakan program berbentuk motivasi untuk merangsang murid-murid dan juga guru," tambahnya.
Bagi guru yang mengajar kelas peperiksaan, mereka juga perlukan rangsangan daripada badan-badan luar untuk membuka minda mereka.
''Mereka rasa diri mereka diberi penghargaan dan perhatian,'' ujar Noraini.
Sekurang-kurangnya guru-guru ini merasai mereka tidak bersendirian dalam meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
''Pasukan daripada Sekretariat Malaysia Prihatin yang turun ke padang juga komited membantu pihak sekolah,'' kata beliau.
Di Kelantan, program Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menyusul di Kok Lanas dan di Ketereh.
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









