VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 09/07/2012

Sukma XV dibuka penuh gemilang

Sultan Ahmad Shah meletakkan baton pada rostrum sebagai simbolik perasmian Temasya Sukma XV sambil diperhatikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin.

KUANTAN 8 Julai - Temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV bermula secara rasminya semalam menerusi pelancaran yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur, di sini.

Pelancaran penuh gemilang itu disaksikan lebih 30,000 pengunjung yang memenuhi stadium berkenaan sejak pukul 4 petang termasuk seramai 5,828 atlet dan pegawai dari 15 kontinjen bertanding termasuk Brunei.

Acara pertama dimulakan apabila baginda diarak menaiki pedati mengelilingi stadium sambil melambai kepada para penonton yang mahu menyaksikan beberapa acara disusun pihak penganjur.

Selepas itu, penonton terpukau dengan persembahan oleh peserta yang melakukan beberapa formasi tarian selain pukulan gendang.

Penampilan istimewa penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang menaiki replika gajah dengan menyanyikan lagu tema Sukma menghangatkan lagi suasana pada malam itu.

Persembahan bunga api merupakan acara paling dinantikan penonton dan ia berlangsung selama 10 minit sebelum berakhir dengan persembahan artis-artis tanah air.

Sultan Ahmad Shah ketika ditemui pemberita selepas perasmian tersebut bertitah, pelancarannya berjaya dilaksanakan dengan sempurna oleh semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan.

"Beta terharu dengan sambutan diberikan oleh rakyat yang memberi perhatian terhadap pelancaran itu.

"Beta berharap kontinjen Pahang memberikan saingan sengit dalam memburu pingat emas memandangkan Selangor kini menduduki tangga teratas dan yakin kontinjen kita mampu melakukannya," titah baginda.

Sukma Pahang yang berlangsung secara rasmi semalam menawarkan 1,207 pingat keseluruhan dengan 377 pingat emas, 377 perak dan 453 gangsa dan berlangsung di tiga daerah iaitu Pekan, Temerloh dan Kuantan.

Sebanyak 21 acara bakal berlangsung di Kuantan manakala dua di Temerloh iaitu berbasikal dan pencak silat manakala angkat berat di Pekan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.