ARKIB : 09/07/2012
TYT Melaka terima kunjungan
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob berkenan menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.
Ahmad Yusoff berkata, objektif utama kunjungan hormat bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal yang ketiga dan selaku Canselor UTeM.
"Dalam kunjungan hormat ini, Tun Canselor juga diberi penerangan ringkas mengenai program Minggu Haluan Siswa (MHS) 2012/2013 bagi peringkat diploma yang telah diadakan baru-baru ini".
"Selain itu, sesi penerangan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 152 kakitangan UTeM juga turut dimaklumkan kepada Tun Canselor susulan penonjolan prestasi cemerlang kakitangan universiti sepanjang tahun 2011 yang lalu," katanya.
Ahmad Yusoff berkata , siri kunjungan hormat ini dirangka bagi memastikan universiti ini seiring dengan hasrat dan pandangan Tun Canselor dalam menjadikan UTeM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan teknikal tinggi.
"Ia juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak pengurusan universiti serta seluruh warga UTeM terhadap kepimpinan Tun Canselor dalam menerajui universiti ini," katanya.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM Prof. Datuk Dr.Mohamad Kadim Suaidi dan Pendaftar UTeM, Hasan Sirun.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









