ARKIB : 09/07/2012
Aisha juara Bintang RTM 2012
KUALA LUMPUR 8 Julai - Aisha Masnamimi Safia, 23, muncul juara Bintang RTM 2012 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkasapuri, di sini malam ini.
Menerusi kemenangan itu peserta dari Kuantan, Pahang itu berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah kereta Chery Tiggo bernilai RM79,000.
Tempat kedua menjadi milik Fitri Hakim Omar Walid yang mendendangkan lagu Cinta Bukan Pelangi dan Bila Resah dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Tempat ketiga pula diraih oleh Mohd. Hafsyam Noordin, 25, yang membawa pulang wang tunai RM5,000.
Sementara itu, Aisha turut dipilih sebagai pemenang kategori Bintang Paling Popular berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat dan menerima wang tunai RM5,000.
Persembahan terbaik jatuh kepada Christine Chua Yea En, 16, dari Sarawak.
Persembahan keenam-enam peserta dinilai oleh juri profesional diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.
Hadiah disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais.
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Berjaya juga
Timba ilmu sambil berhibur
Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola
Bahagia bersama anak-anak
Dera orang tua
80 peratus artis tiada rumah sendiri
Pekin bukan batu api
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









