ARKIB : 09/07/2012
Budak pulang bercuti ditemui mati lemas
TELOK KEMANG 8 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang pulang bercuti di kampung neneknya ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Pengkalan Kempas dekat sini hari ini.
Mayat Mohd. Afzan Haikal Mohd. Nazri ditemui pasukan penyelamat pada pukul 1 petang, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dikatakan tergelincir semalam.
Kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang sejak pukul 4.45 petang semalam ketika bermain berseorangan di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Kempas dan jarak antara sungai berkenaan dengan rumah itu kira-kira 12 meter.
Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali memberitahu, keluarga mangsa yang menetap di Pasir Gudang, Johor tiba semalam untuk bercuti.
"Mereka sekeluarga pulang bercuti hujung minggu dan berjumpa sanak-saudara. Bagaimanapun, selepas beberapa jam ahli keluarga mangsa mendapati kanak-kanak itu tiada di rumah sebelum menemui selipar mangsa di tebing sungai," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, pasukan penyelamat yang melibatkan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba dan penyelamat serta penduduk menjumpai mayat mangsa terapung kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Katanya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









