ARKIB : 07/07/2012
Perpindahan Modric ke Real menemui jalan buntu
LONDON - Luka Modric sudah boleh memulakan musim barunya sebagai pemain Tottenham Hotspur selepas kecewa atas kelewatan memeteraikan perpindahannya ke Real Madrid.
Bintang Croatia tersebut dijangka menyertai juara Sepanyol itu selepas Euro 2012 tetapi perundingan masih belum dapat dicapai.
Modric, yang bernilai 35 juta pound (RM172 juta) mahu Real membuat keputusan pada 17 Julai ini atau dia akan menimbangkan untuk membuat pilihan lain.
Laporan di Sepanyol mendakwa Madrid perlu jual pemain mereka sebelum boleh melakukan belian dan Modrid, 26, keberatan membuat tuntutan untuk berpindah dari White Hart Lane, menurut The Sun.
Chelsea gagal dalam bidaannya sebanyak 30 juta pound (RM147 juta) bagi mendapatkan pemain perancang itu musim panas lalu, selepas Spurs enggan melepaskan Modric.
Pengurus baru, Andre Villas-Boas berminat untuk menghalang Modric daripada berpindah tetapi juga telah menyusun perancangan bagi menggantikan tempat pemain itu.
Gylfi Sigurdsson menolak tawaran Liverpool untuk menyertai kelab White Hart Lane itu dan Lassana Diarra juga dikatakan antara pemain yang menjadi sasaran Spurs.
Kontrak Modric dengan Spurs masih berbaki hingga 2016, tetapi belum dapat dipastikan sama ada Villas-Boas mampu menyakinkan pemain itu bahawa masa depannya berada bersama kelab tersebut sekalipun tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara. - AGENSI
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










