ARKIB : 07/07/2012
Bekas banduan ditahan miliki pelbagai jenis dadah
PENAMPANG 6 Julai - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM38,000 selepas menahan seorang bekas banduan lelaki di pangsapuri Beverly Hills di sini kelmarin.
Dalam serbuan pukul 6.25 petang, polis menemui 740.85 gram ketamin, 206.32 gram ganja dan 166 biji pil ekstasi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Berdasarkan siasatan awal, dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di daerah ini dan Kota Kinabalu.
"Rampasan ini adalah yang terbesar di daerah ini pada tahun ini dan kita akan terus berusaha keras membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini," katanya di sini semalam.
Menurut Ratan Kumar, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Rakyat perlu betul-betul fahami Gagasan 1Malaysia
Rakyat perlu 'celik media' - Kamarlin
Muzium bantu pembangunan sosial Sarawak
Rumah, nyawa penduduk terancam
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









