ARKIB : 07/07/2012
Baiki semula empangan
KOTA BELUD 6 Julai - Penduduk kampung di Mukim Rosok di sini merayu agar kerajaan membaiki semula empangan air di Bukit Takutan yang musnah akibat banjir kilat awal tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bangkahak, Jackson Adam berkata, sejak kejadian itu kira-kira 2,500 penduduk dari sembilan kampung di mukim itu sukar mendapat bekalan air.
"Kerosakan empangan itu mengakibatkan masalah tekanan air sekali gus menyebabkan bekalan air untuk kegunaan harian penduduk kampung tidak mencukupi," katanya.
Lebih memeritkan Jackson berkata, terdapat penduduk di beberapa kampung terpaksa berebut setiap hari untuk mengambil air di empangan itu.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Musbah Jamli memberi jaminan akan membawa perkara itu pada Mesyuarat Tindakan Daerah dalam masa terdekat ini.
"Air adalah satu keperluan, justeru tidak mungkin saya biarkan begitu sahaja masalah yang dialami oleh penduduk di mukim ini," katanya yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri di sini semalam.
Terdahulu, beliau dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan meninjau kerosakan empangan itu di Bukit Takutan.
Difahamkan sekurang-kurangnya RM200,000 diperlukan untuk membina semula empangan yang mendapat sumber air dari Sungai Takutan.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









