ARKIB : 07/07/2012
Kerjasama Malaysia-Czech
KUALA LUMPUR 6 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dijangka memuktamadkan draf perjanjian kerjasama ekonomi dengan Republik Czech pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya kini dalam peringkat terakhir perbincangan mengenai draf berkenaan dan ia sedang diteliti oleh bahagian perundangan.
"Perbincangan tersebut akan dimuktamadkan tidak lama lagi dan ia berada di peringkat akhir.
"Kita akan mempunyai perjanjian kerjasama ekonomi itu pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perkongsian Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Republik Czech di sini hari ini.
Tambah Mustapa, apabila termeterainya perjanjian kerjasama antara Malaysia dan Czech, ia akan meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
Katanya, negara-negara di Eropah Timur yang dahulunya berada di bawah Kesatuan Soviet seperti Republik Czech mempunyai potensi besar kerjasama ekonomi terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan automotif.
"Tahun lepas, mereka mengeluarkan 1.2 juta kenderaan yang mana kebanyakannya dieksport ke luar negara,'' katanya.
Mustapa berkata, terdapat peluang untuk syarikat-syarikat automotif Malaysia untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan sektor automotif Republik Czech serta meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya saing sektor automotif tempatan.
"Republik Czech melihat Malaysia sebagai destinasi perdagangan alternatif kepada pasaran Eropah yang ketika ini menyumbangkan 83 peratus kepada jumlah perdagangan negara berkenaan.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Republik Czech untuk 10 tahun kebelakangan ini berkembang secara purata sebanyak 20 peratus setahun.
Tahun lalu sahaja, perdagangan dua hala kedua-dua negara berkembang sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada AS$573 juta (RM1.83 bilion).
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Turki tawar peluang dalam pasaran modal
Pertumbuhan ekonomi suku pertama 4.1 peratus - Zeti
Rekod Bursa 2 hari berturut-turut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









