VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 06/07/2012

Buaya Sarawak mengganas lagi

BETONG 5 Julai - Belum reda isu keganasan Bujang Seblak, buaya Sarawak mengganas lagi dengan menjadikan seorang pekerja kilang, Drahman Chali sebagai mangsa terbarunya.

Drahman, 55, dari Kampung Hulu Beladin dipercayai dibaham reptilia pemangsa itu pada pukul 8.30 pagi ini di muara Sungai Meruang, Batang Saribas.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pukul 1 petang membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk setempat namun sehingga petang ini, mangsa masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sarifuddin Mustafa berkata, berdasarkan laporan, mangsa dipercayai dibaham buaya kira-kira pukul 8.30 pagi sewaktu turun ke sungai untuk membasuh tangan sebelum menikmati bekalan yang dibawa ke tempat kerja.

Beliau berkata, rakannya, Mohammad Nor Bujang, 55, menegah Drahman daripada membasuh tangan di situ namun ia tidak diendahkan.

“Apabila Drahman tidak kembali, Mohammad Nor meninjau kawasan tebing sungai sebelum melihat sekali imbas tangan mangsa melambai-lambai meminta bantuan sebelum tenggelam.

“Di kawasan tebing sungai itu juga terdapat kesan-kesan pergelutan dan tapak kaki buaya," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Drahman dan Mohammad Nor merupakan rakan sekerja yang menguruskan penghantaran batang rumbia untuk dihanyutkan ke sebuah kilang berdekatan.

Sementara itu, Sarifuddin berkata, Mohammad Nor kemudiannya bergegas memaklumkan kejadian itu kepada isteri mangsa, Latifah Nen, 52, sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusa.

Pada 19 Jun lalu, isteri tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Saratok, Siah Munsong, 42, maut dibaham seekor buaya yang digelar Bujang Seblak sewaktu mandi selepas pulang daripada mencari rotan.

Mayat Siah bagaimanapun ditemui empat jam selepas itu tidak jauh daripada tempat dia dibaham buaya.

Berikutan kes itu, operasi memburu buaya dilancarkan termasuk menggunakan khidmat seorang pawang buaya, Indet Sanabong, 49 yang berjaya menumpaskan Bujang Seblak pada Isnin lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.