VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 06/07/2012

Sambutan Warisan, Kebudayaan India Muslim esok

MOHAMED Rizwan Abdul Ghafoor (tiga dari kiri) memperkenalkan koleksi seni mempertahankan diri masyarakat India Muslim Kalari-Payat di pekarangan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 5 Julai - Orang ramai berpeluang menyaksikan seni mempertahankan diri Kalari-Payat yang kali pertama dipersembahkan di negeri ini sempena Program Sambutan Warisan dan Kebudayaan India Muslim Ketiga di Pekarangan Masjid Kapitan Keling di sini, Sabtu ini.

Penyelaras program, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor berkata, demonstrasi seni mempertahankan diri berasal dari Kerala, Selatan India itu akan bermula pukul tiga petang.

"Ia merupakan sesuatu yang istimewa kerana walaupun di negeri ini terdapat puluhan ribu penduduk India Muslim, namun ia tidak pernah ditonjolkan.

"Melalui penganjuran ini, kami mahu menonjolkan warisan ini kepada pengunjung," katanya di sini.

Mohamed Rizwan berkata, seni pertahankan diri tersebut menggunakan pedang yang runcing dan memerlukan dua peserta atau pemain.

"Seseorang akan menyerang dengan melompat tinggi ke udara sebelum menghentak pedang runcing itu kepada regunya yang akan bertahan dengan perisai besi," katanya.

Selain itu, antara aktiviti menarik lain turut diadakan ialah hidangan sebanyak 2,780 keping roti canai sepanjang 400 meter dalam usaha mencatat rekod Malaysia.

Acara lain yang diadakan termasuklah jualan produk, permainan tradisional, acara menunggang kuda, pertunjukkan ular, kenduri rakyat, pameran muzium dan cabaran teh tarik.

Festival tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.