VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 06/07/2012

Harga barang dijangka naik Ramadan ini

KOTA BHARU 5 Julai - Harga barangan keperluan, termasuk ayam di bandar ini dijangka meningkat secara mendadak menjelang Ramadan ini.

Perkara tersebut diakui oleh beberapa peniaga sekitar Pasar Siti Khadijah di sini yang memaklumkan harga barangan keperluan ketika ini masih terkawal dengan bekalan juga mencukupi.

Seorang peniaga ayam, Nor Hasni Awang, 34, berkata, harga ayam sehingga kini masih murah iaitu RM5.20 sekilogram.

Katanya, harga tersebut jauh lebih murah daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM6.70 sekilogram, namun tidak pasti ia dapat dikekalkan atau melambung dalam masa dua minggu lagi.

Ini kerana kata Nor Hasni, dia menjangkakan harga akan naik pada bulan Ramadan nanti, memandangkan pada masa itu permintaan agak tinggi daripada para pengguna.

"Di Kelantan ini harga barangan keperluan semuanya masih murah, jika ia naik sekalipun saya rasa masih lagi berbaloi berbanding negeri lain.

"Di negeri ini juga hanya pada musim-musim tertentu sahaja barangan naik iaitu pada musim perayaan dan juga pada bulan Ramadan," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Seorang peniaga kedai runcit, Roslan Abdullah, 32, pula berkata, barangan runcit seperti bawang dan minyak masak masih dijual pada harga lama kerana stok simpanan masih ada.

Tambahnya, perubahan mengenai harga barangan ini akan hanya diketahui menjelang Ramadan ini selepas stok baru diambil daripada pembekal.

"Sekarang semua barangan masih pada harga lama tetapi mungkin tidak lama lagi harga akan berubah selepas saya mengambil stok baru daripada pembekal," katanya.

Seorang peniaga ikan, Che Awang Asri, 60, berkata, tiada sebarang kenaikan harga yang dikenakan kepada pembeli dan dia masih menjual pelbagai jenis ikan pada kadar biasa.

"Setakat ini saya jual pada harga biasa kerana melihat rakan-rakan yang lain juga masih tidak menaikkan harga barangan jualan mereka, tetapi tak tahulah pada bulan Ramadan nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.