ARKIB : 06/07/2012
Nasri mungkin terima denda paling berat
PARIS - Empat pemain Perancis akan dihadapkan ke Suruhanjaya Disiplin Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) pada 27 Julai ini bagi menjelaskan tingkah laku mereka ketika Euro 2012, kata sumber.
Jawatankuasa eksekutif FFF membuat keputusan kelmarin bahawa Hatem Ben Arfa, Yann M'Vila, Samir Nasri dan Jeremy Menez wajar berdepan tindakan disiplin kerana merosakkan imej pasukan Perancis pada kejohanan di Ukraine.
"Para pemain ini merendah-rendahkan nilai pasukan, jersi dan lambang Perancis,"kata sumber tersebut.
Nasri berisiko dikenakan hukuman paling serius. Pemain tengah Manchester City itu berbalah dengan wartawan AFP selepas kalah kepada Sepanyol.
Pemain Newcastle, Ben Arfa pula berbalah dengan Laurent Blanc di dalam bilik persalinan.
Menez pula mencerca pengadil dan menunjukkan isyarat kepada ketua pasukan Hugo Lloris supaya diam ketika pasukannya kalah 0-2 pada suku akhir.
M'Vila tidak bersalam dengan Blanc dan penggantinya apabila dia dikeluarkan dan diganti oleh Olivier Giroud.
FFF juga memutuskan bonus 100,000 euro (RM392,000) kerana layak ke suku akhir kejohanan, akan dibekukan. - AFP
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










