ARKIB : 06/07/2012
1,569 anggota polis bertugas pastikan kelancaran Sukma
KUANTAN - Seramai 1,569 anggota polis negeri ini akan ditugaskan sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 mulai esok hingga 16 Julai ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, pihaknya turut melancarkan 'Ops Sukma' bagi tujuan berkenaan serta akan menempatkan jumlah anggota yang mencukupi bagi mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang temasya tersebut.
Katanya, polis yang terlibat dibahagikan kepada duai aitu mengendalikan keselamatan seramai 1,326 anggota manakala 243 orang lagi untuk memastikan kelancaran aliran trafik yang mana kesemuanya melibatkan tiga lokasi iaitu, Kuantan, Pekan dan Temerloh.
"Kita akan meningkatkan keselamatan di semua venue terlibat dan juga di pusat beli belah termasuk hotel-hotel di sini.
"Tempat-tempat berkenaan mudah dijadikan sasaran penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka," katanya di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan masing-masing kerana risiko kejadian pecah kenderaan agak tinggi.
Selain itu, katanya, pihaknya turut mendapatkan perkhidmatan polis Marin bagi menjaga keselamatan bagi acara sukan air di Balok.
Kata Sharifuddin, pihaknya menjangkakan kesesakan pada majlis perasmian esok.
Untuk itu, katanya polis akan mengambil segala usaha bagi memastikan kelancaran majlis.
"Apa yang penting kerjasama daripada orang ramai sangat dialu-alukan terutamanya pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal diminta mematuhi arahan pihak polis yang mengawal lalu lintas ketika berlangsungnya temasya tersebut," katanya.
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Sindiket bookie serius
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










